Bagi peminat rancangan dokumentari sudah tentu mereka akan menjadikan rancangan televisyen BBC yang dikendalikan oleh seorang lelaki Inggeris bernama Louis Sebastian Theroux sebagai personaliti TV yang diminati. Graduan bidang sejarah dari Universiti Magdallene College, Oxford, ini mula mencipta nama dalam bidang penyiaran sekitar awal 90-an dan merupakan salah seorang anak didik Michael Moore yang terkenal dengan siri the 'TV Nation'.Dokumentari Louis Theroux bukanlah rancangan dokumentari yang biasa kerana beliau sering meneroka aspek-aspek kehidupan yang asing dari orang ramai, contohnya dokumentari yang menceritakan perihal industri porno (filem lucah), penganut agama yang ekstrim dengan fahaman mereka, perjudian di Las Vegas, konflik Palestin dengan Israel serta banyak lagi.