1. Pesawat MH370 hilang sejak 8 Mac dan dipercayai mengakhiri
perjalanannya di lautan Hindi barat.
Gambar hiasan |
- 239 orang berada dalam pesawat MH370 dari Kuala Lumpur menuju Beijing
- 227 penumpang dari pelbagai negara
- 12 anak kapal MAS
- 50 orang rakyat Malaysia berada di dalam pesawat MH370.
- 26 negara membantu dalam misi pencarian MH370 terutama kotak hitam pesawat
- Kesemua penumpang serta anak kapal dipercayai telah terkorban
- Misi pencarian memasuki minggu ketiga
- Misteri kehilangan MH370 masih tiada jawapan
2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dan bakal
dipenjara lima tahun
Dato Seri Anwar Ibrahim |
- Dato Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008
- Bakal berdepan hukuman penjara lima tahun
- Terlucut kelayakan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang
- Isteri beliau, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggantikan beliau sebagai calon di PRK Kajang
- Akan bertanding merebut jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar isterinya, Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail pada pemilihan parti Keadilan akan datang
3. Enam
remaja maut akibat pengambilan dadah di konsert 'Future Music Festival Asia.’
Maut....antara remaja yang maut |
- Kesemua yang maut adalah rakyat Malaysia berumur 20-an
- Dadah dipercayai berjenis methamphetamine yang juga dikenali sebagai 'designer drug' atau dadah sintetik
- Konsert yang dijadual berlangsung selama tiga hari itu hanya berlangsung 2 hari sebelum dibatalkan akibat kematian enam remaja terbabit.
4. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memenangi Pilihan
Raya Kecil DUN Kajang
Chew Mei Fun dan Wan Azizah |
- Menang dengan majoriti lebih kecil dengan 5,397 undi majoriti
- Wan Azizah mendapat 16,741 undi
- Lawannya Datin Paduka Chew Mei Fun dari parti MCA mendapat 11,362 undi
5.
Karpal Singh didapati bersalah
oleh Mahkamah
Tinggi berkenaan kes sahutan
- Didapati bersalah kerana kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak lima tahun lalu.
- Didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi (tidak dipenjara)
- Karpal Meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP
- Anak guam beliau, Dato Seri Anwar Ibrahim juga baru sahaja disabit bersalah atas tuduhan liwat oleh mahkamah rayuan
6. Pilihan Raya Kecil DUN Balingian dimenangi Yussibnosh Balo dari parti BN
Calon BN di Balingian |
- PRK ini diadakan kerana Tan Sri Taib Mahmud meletak jawatan pada 28 Februari lepas bagi mengisi jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7 .
- Yussibnosh Balo merupakan ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
- Majoriti undi BN bertambah sebanyak 1,757 berbanding pada PRU-13
7. Perdana Menteri, Dato Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak saksi perjanjian damai di antara MILF dan Manila.
Najib Razak menyaksiakan perjanjian damai di antara kedua pihak yang bertelagah |
- Perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi memulihkan keamanan di selatan Filipina ditandatangani pada 27 Mac.
- Perdana Menteri, Najib Razak diundang menjadi saksi perdamaian antara pihak yang bertelagah di ibu negeri Filipina.
- Malaysia sebagai orang tengah mula menyertai rundingan damai di antara MILF dan Manila semenjak 2001.
- Pertempuran diantara MILF dan Manila telah menyebabkan lebih 10,000 orang terbunuh dan perjanjian damai ini bakal menghentikan sebarang pertempuran di antara kedua pihak yang bertelagah.
Tun Musa Hitam ketika membuat kenyataan kontoversi itu |
- Membuat kenyataan tersebut ketika mejadi panelis forum ‘Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang’ pada 27 Mac
- Ramai pihak terkejut dengan dakwaan itu selepas 30 tahun peristiwa berdarah itu berlaku.
- Tun Mahathir akan mengkaji semula dakwaan Tun Musah Hitam itu.
- Peristiwa Memali adalah detik hitam Malaysia yang mengorbankan Ustaz Ibrahim Libya dan para pengikutnya.
- Tun Musa Hitam merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika kejadian Memali berlaku.
- Tun Musa Hitam dikatakan memangku jawatan Perdana Menteri, Dr. Mahathir yang ketika itu berada di China
- Ramai pihak menunding jari kepada Tun Musa Hitam atas kejadian berdarah itu.
9. Pasangan dari Malaysia Azizul Raheem Awaluddin dan
isterinya, Shalwati Nor Shal didapati bersalah oleh Mahkamah Sweden kerana memukul anak-anak
mereka.
Keratan akhbar Berita Harian |
- Shalwati Nor Shal (isteri) dihukum penjara 14 bulan
- Azizul Raheem Awaluddin (suami) dihukum penjara 10 bulan
- Azizul diperintah membayar RM 18,367 kepada anak-anaknya
- Shalwati diperintah membayar RM33,909 kepada anak-anak jagaanya itu
- Pihak keluarga tidak akan membuat rayuan mengurangkan hukuman kerana rayuan berkemungkinan menyebabkan hukuman tersebut menjadi lebih berat
No comments :
Post a Comment