Tuesday, April 1, 2014

MH370: Sensitiviti & Spekulasi tidak berasas media asing

-Zulhilmi-

KONTROVERSI misteri MH370 menjadi perbualan media asing arus perdana dengan liputan 'menyeluruh' tentang kehilangan pesawat MH370 yang dilapor secara terus menerus. Laporan media asing sering kali menyebar laporan tanpa mengira sensitiviti keluarga penumpang serta kru MH370 yang sedang trauma dengan kehilangan ahli keluarga mereka.
      
Lihat paparan skrin yang menunjukkan CNN begitu gelojoh dengan laporan kehilangan MH370 dengan pendedahan mereka hingga laporan mereka dikritik kerana tidak masuk akal.


Penggunaan kapal terbang mainan bagi menjelaskan isu MH370
 antara tindakan memalukan CNN
Jon Stewart antara yang mempersendakan CNN. saksikan
di link ini dan ini




 Mewar-warkan kontroversi dan spekulasi jahat

Media asing yang terkenal dengan kebolehan mensensasikan berita mempunyai seribu satu cara untuk menghangatkan isu yang menjadi perhatian seluruh dunia ini dengan berita-berita yang menyakitkan hati rakyat Malaysia.
Seorang wanita bernama Jonti Ross melalui agensi berita Current Affair mengambil kesempatan meraih populariti dengan menyebar gambarnya bersama pembantu juruterbang MH370, Fariq Abd Hamid, di dalam kokpit juruterbang sedangkan dia sepatutnya menghubungi pihak atasan terutamanya Malaysia dan bukannya stesyen berita yang megah dengan ‘scoop’ murahan sebegini sekiranya dia benar-benar ingin 'membantu' siasatan.


            TOLONG JADIKAN SAYA POPULAR! Jonti Ross (gambar) 
         melalui agensi berita Current Affair mengambil kesempatan 
         meraih  populariti dengan menyebar gambarnya bersama
          pembantu juruterbang.

     ‘Skandal’ ini didedah hingga ke UK tanpa 
      mengambil sebarang maklumat dari MAS
      mahupun keluarga Fariq Abdul Hamid.
Setelah pendedahan Jonti Ross tidak berkesan,
mereka mengalih kepada spekulasi lain

Spekulasi terhadap pegangan politik Kapten Zaharie

Setelah kecenderungan politik Kapten Zaharie diketahui maka media asing berhempas pulas cuba mengaitkan hal itu dengan beberapa teori yang amat menjelekkan. Lihat beberapa paparan skrin dibawah.

kecenderungan politik Kapten Zaharie sengaja 
                disalah ertikan media asing


Menyebar luas spekulasi jahat tidak berasas



Diskusi kosong FOX News.. Mereka bertiga tiada maklumat
namun dengan mudah ingin berspekulasi kononnya Kapten Zaharie
adalah penyebab kehilangan MH370

Lagi.... laporan dari FOX news
Ejen CIA..Menemubual orang yang tidak layak yang kemudiannya
menuduh Malaysia menyembunyi maklumat

Tergamak memfitnah ahli keluarga Kapten Zaharie

Antara laporan tidak masuk akal media asing terutama media barat  apabila dengan mudah menuduh Kapten Zaharie dengan mempergunakan keluarga beliau. Laporan mereka menuduh Kapten Zaharie telah berubah kelakuannya terhadap orang-orang kesayangannya dengan harapan agar pembaca mengesyaki Kapten yang berpengalaman itu sebagai punca pesawat MH370 hilang. Spekulasi murahan tanpa sebarang bukti ini amat jijik dan jahat. Semoga mereka disaman hingga bankrap dan kita sebagai rakyat Malaysia akan menyokong keluarga Kapten Zaharie sepenuhnya! 


Daily Mail memfitnah anak perempuan Kapten Zaharie
Media asing yang lain menyebar luas lagi spekulasi jahat ini

Kita berharap keluarga Kapten Zaharie akan menyaman media yang tidak bertanggung jawab
Penipu besar!.. itulah kata-kata pihak atasan yang menyiasat kes kehilangan MH370 mengenai laporan Daily Mail





Media tempatan terpedaya

Terdapat juga beberapa spekulasi media asing yang berjaya memperdaya media tempatan. Bahkan media tempatan menjadikan spekulasi-spekulasi tidak berasas media asing itu sebagai tajuk-tajuk utama dalam laporan mereka hingga rakyat Malaysia sendiri menjadi keliru. Ini merupakan pengajaran yang amat besar khususnya kepada media-media tempatan kerana kredibiliti seorang kapten juruterbang yang sedang dipertaruhkan ini turut mampu menjejaskan nama baik Malaysia. 


Hanya berbekal perkataan ‘EXCLUSIVE’ dari Kuala Lumpur,
 The Sun UK berjaya memperdaya ramai orang 
 

Perhatikan 'point' yang dilaporkan media asing ini. Kesemua ini adalah bohong!

Antara contoh laporan media tempatan yang terpedaya dengan laporan palsu Daily Mail





Transkrip rekaan media asing yang turut menjadi laporan hangat media tempatan
Bersambung.....












No comments :

Post a Comment

good ads!