Monday, April 7, 2014

Bayi 9 bulan didakwa di mahkamah Pakistan

Bayi yang didakwa
Islamabad, Pakistan -  Seorang bayi lelaki Pakistan berusia 9 bulan, Mohammad Yaseen, didakwa di Mahkamah selepas ahli keluarganya dikatakan cuba menyerang anggota polis yang cuba mengutip bil yang masih belum dibayar di rumahnya. 

Insiden yang berlaku pada 1 Februari itu terjadi apabila beberapa pegawai polis datang ke rumah keluarga tersebut bagi menuntut bayaran bil gas, kata Atif Zulfikar Butt, seorang pegawai kanan polis di Lahore.

Menurut Butt, pergelutan berlaku di antara bapa bayi dan abangnya yang membaling batu-bata ke arah pihak berkuasa.

Menurut laporan polis bapa dan abang bayi tersebut ditahan kerana telah menyerang dan mengugut bunuh pihak berkuasa ketika kejadian.

Namun, mengapa bayi itu turut didakwa masih tidak jelas, walaupun pegawai polis Lahore mengakui bahawa bayi itu telah hadir ke mahkamah sambil didukung oleh datuknya. 


Menurut peguam keluarga bayi tersebut dibenarkan diikat jamin dan kes nya akan didengar semula pada 12 April.

Tuduhan terhadap bayi tersebut bagaimanapun telah digugurkan.

"Polis telah memfailkan maklumat kertas pertuduhan yang salah dengan mengheret bayi  9 bulan ini untuk hadir ke perbicaraan mahkamah ini" kata peguam keluarga, Irfan Tarar.


Berikutan liputan media terhadap kejadian itu, Ketua Menteri Punjab Shahbaz Sharif mengarahkan agar polis yang mendakwa bayi itu segera digantung tugas.


Cop jari bayi 9 bulan itu juga diambil sambil dibantu datuknya


Peguam keluarga bayi itu menjelaskan pada media tuduhan 
yang dikenakan pada bayi tersebut


Datuk bayi tersebut ketika ditemubual media mengatakan
cucunya masih tidak mengerti apa-apa namun masih didakwa
 telah mencederakan pegawai polis.

Tuduhan terhadap bayi ini digugurkan dan pegawai polis
yang bertanggung jawab telah digantung dari tugas.
Sumber:

http://edition.cnn.com/2014/04/05/world/asia/pakistani-baby-charged/index.html?hpt=hp_c5 

http://www.youtube.com/watch?v=CDWlLXNouRs

No comments :

Post a Comment

good ads!