Sunday, April 6, 2014

Khabar Malaysia hari ini (6 April 2014)

1. Info berkaitan MH370   

Misteri kehilangan MH370 memasuki minggu ke-empat
  • Genap 30 hari sejak pesawat MH370 dilaporkan hilang.
  • Australia hari ini memaklumkan ia belum dapat mengesahkan isyarat detik yang dikesan di selatan Lautan Hindi oleh kapal peronda China Haixun 01.    
  • Beberapa siri bunyi telah dikesan oleh kapal China berkenaan di kawasan pencarian namun isyarat detik di selatan Lautan Hindi itu masih belum dapat disahkan Australia.
  • Spekulasi Utusan Malaysia: 
    • Akhbar harian milik kerajaan, Utusan Malaysia melalui Penolong Pengarangnya, Ku Seman Ku Hussein mendakwa bukanlah sesuatu yang mustahil bagi organisasi perisikan C.I.A terlibat dalam misteri kehilangan pesawat MH370 selepas organisasi itu berjaya merancang serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001.#

2. Pemilik akaun persenda isteri PM, Rosmah Mansur, ditahan polis

Tersebar di Internet
  • Pemilik akaun Facebook ‘Syed Saifullah’ ditahan bagi membantu siasatan
  • Direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan  mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.#

3.  Penculik hubungi keluarga mangsa

Gambar dirakam pengunjung ketika insiden penculikan di Semporna, Sabah
  • Kumpulan penculik yang menceroboh dan melarikan seorang pelancong China telah pun menghubungi keluarga wanita itu Jumaat lepas.
  • Menurut Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan sihat. 
  • Dalam kejadian pada kira-kira 10.30 malam Rabu lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menceroboh resort berkenaan dan melarikan Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai serta seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40. #

4. 10 remaja sesat di Bukit Broga selamat

Gambar dari Harian Metro Online

  • Kesemua pendaki berjaya ditemui pada pukul 10.30 pagi tadi.  
  • Kesemua mereka ditemui oleh pasukan penyelamat dalam keadaan keletihan selepas sesat sejak tengah malam tadi.#

No comments :

Post a Comment

good ads!