Thursday, April 17, 2014

Mesej tersirat Disney atau paranoia penonton?


The number of the beast, 666
Hampir semua orang menggemari animasi Disney hingga jutaan kanak-kanak seluruh dunia begitu asyik dengan watak-watak dari filem-filem Disney. Sejak dari kecil kita sudah terbiasa dengan kartun-kartun yang menghiburkan seperti The Lion King, Aladdin, Beauty and The Beast, Cinderella, Snow White dan kini filem terbaru mereka Frozen begitu hangat sambutannya. 

Sudah tentu ramai yang beranggapan filem-filem Disney banyak memasukkan unsur-unsur nilai murni pada kanak-kanak hingga ibu bapa tidak kisah jika anak-anak mereka menggilai watak-watak Disney, terutamanya kanak-kanak perempuan yang begitu menggagumi puteri-puteri Disney.

Namun, ramai orang mula beranggapan Disney sebenarnya banyak mempromosi unsur-unsur lucah, keganasan, animisme, dan perkara-perkara negatif pada kanak-kanak dalam karya mereka. 

Ramai yang mendakwa Disney cuba mempengaruhi penonton dari kalangan kanak-kanak dengan teknik separa sedar, iaitu dengan memasukkan secara halus agenda-agenda mereka secara konsisten. Ini digelar sebagai 'subliminal messages'.

Adakah benar Disney membawa agenda Freemason dan Illuminati? Atau sekadar kesilapan yang tidak disengajakan? Tonton video di bawah ini.




Apa yang paling membimbangkan adalah Disney sebenarnya mengajar nilai-nilai yang salah terutama pada kanak-kanak perempuan yang naif tentang dunia orang dewasa.

Kanak-kanak perempuan dimomokkan dengan watak puteri-puteri raja yang menjurus kepada anggapan perkara utama adalah untuk menjadi cantik, kurus dan seksi seperti puteri-puteri Disney agar lelaki-lelaki kacak dan baik (prince charming) akan terpesona dengan mereka. Bahkan hampir kesemua puteri-puteri ini mengajar kebebasan dari hidup yang susah adalah saat bertemu dengan lelaki idaman.

Kegilaan kanak-kanak perempuan seluruh dunia

Kanak-kanak akan diserapkan dengan pemikiran bahawa kebijaksanaan tidak diutamakan manakala menjadi cantik dan menawan adalah matlamat bagi setiap perempuan yang baik.

Bahkan jika dilihat produk mereka seperti yang diasuh menjadi selebriti Disney sejak dari kecil seperti Britney Spears, Christina Aguilera, Miley Cyrus dan banyak lagi sentiasa diselubungi dengan skandal-skandal yang menjatuhkan maruah seorang wanita.

Sudah pasti sentimen ini tidak dikongsi semua orang yang rata-ratanya melihat animasi-animasi Disney ini sekadar hiburan yang tidak berbahaya untuk kanak-kanak. Sudah tentu mereka punyai hak untuk merasakan seperti itu namun mereka tidak seharusnya memandang sebelah mata terhadap agenda yang cuba ditanam syarikat gergasi itu.

Islam mengajar hanya pemimpin yang layak menjatuhkan hukum dan bukannya orang awam

Filem Aladdin umpanya banyak memuatkan unsur-unsur yang memburukkan masyarakat Arab yang dikatakan sebagai 'Barbaric' (tidak berperikemanusiaan) iaitu masyarakat Islam.

Hingga perkataan barbaric ini dapat didengar ketika nyayian permulaan cerita ini. Dan sifat barbaric itu dapat dilihat ketika puteri Jasmine memberi epal kepada seorang kanak-kanak miskin dari sebuah gerai lalu tangan puteri itu cuba dipotong oleh peniaga kerana gagal membayar epal tersebut sebelum diselamatkan Aladdin. Sedangkan di dalam Islam, hukum memotong tangan pencuri adalah begitu sukar dilaksanakan dan hanya pemimpin Islam yang layak memastikan hukuman ini boleh dilaksanakan.

Filem-filem Disney tidak sunyi dengan kontroversi menakutkan seperti The Little Mermaid, Aladin, Tangled dan lain-lain.

Antara dakwaan subliminal message yang terdapat dalam animasi-animasi Disney

Adakah hanya kebetulan?
Disney beralasan itu adalah lutut paderi ini sebelum menggantikan babak ini
Syaitan bertanduk dalam Winnie the Pooh?
Kebetulan?
Disney mengatakan perkataan yang sebenar adalah SFX (klik sini)

Apa yang pasti, pihak Disney sendiri mengakui terdapat paparan lucah dalam animasi mereka di dalam filem animasi The Rescuer (1977), Disney menarik balik salinan filem ini dan menggantikan babak ini dengan tiada lagi gambar lucah pada latar belakang babak ini.

Pihak Disney sendiri mengisytihar perkara ini
Disney mengatakan gambar perempuan bogel di balik tingkap dalam filem animasi The Rescuer (1977) itu adalah kesilapan ketika proses post-produksi dan bukannya kesalahan oleh pihak animasi Disney ketika filem animasi ini dibuat. Rujuk sini.


 Mistik

Disney juga banyak memasukkan unsur-unsur alam ghaib, penyembahan berhala, animisme serta mistik kepada kanak-kanak dengan memuatkan unsur-unsur kelakar dan seronok.


Tonton video ini

Jin yang mampu menunaikan segala hajat kecuali cinta

Pocahontas penganut anamisme

Kesimpulan

Kini dunia semakin berteknologi, perkara-perkara yang dianggap sebagai rancangan hiburan untuk kanak-kanak tidaklah dilihat sebagai punca utama kejatuhan moral anak-anak muda. Perkara ini mungkin ada benarnya tidak berniat jahat sama sekalipun dan semuanya produksi mereka yang melalui rancangan yang amat teliti itu adalah benar-benar sekadar hiburan untuk kanak-kanak. 



No comments :

Post a Comment

good ads!