-Zulhilmi-
VICE merupakan majalah dokumentari antarabangsa yang memberi
tumpuan kepada seni, budaya, dan topik yang pelik dan aneh. Pada awalnya, VICE
ditubuhkan pada tahun 1994 di Montreal, Quebec, Kanada. Semenjak tertubuhnya syarikat, VICE berkembang maju dan telah melalui penjenamaan semula dan mula dikenali sebagai Vice Media.
Antara babak dalam dokumentari VICE (hanya untuk 21 tahun ke atas!) |
Pelbagai dokumentari Vice boleh ditonton
secara percuma di Youtube. Penonton akan
terkesima dengan 'pendedahan' budaya dan kehidupan masyarakat di dunia
terutamanya komuniti-komuniti kecil dan minoriti di negara-negara kelas ketiga.
Contohnya, budaya perkahwinan di
kyrgyzstan. Dokumentari ini berjudul 'Bride Kidnapping in Kyrgyzstan'
(Menculik Pengatin di Kyrgyzstan) menunjukkan budaya setempat yang 'menghalalkan' bakal pengantin lelaki berkomplot dengan beberapa rakan menculik bakal gadis idamannya untuk dijadikan isteri! Tak cukup dengan itu, masyarakat ini rata-ratanya beragama Islam!

Begitu juga dengan dokumentari bertajuk Cult Leader Thinks He's Jesus (Pemimpin ajaran sesat yakin dirinya Nabi Isa)
yang memaparkan kehidupan komuniti di Russia yang mempercayai seorang lelaki
yang dikenali sebagai Vissarion sebagai Isa a.s. dan mereka menyembah lelaki
ini sebagai tuhan mereka.
Walaupun terdapat pelbagai berita terkini
mengenai keadaan dan situasi di negara-negara yang sedang bergolak seperti
Mesir dan Afghanistan oleh Vice, penonton seharusnya peka dengan agenda kuasa
barat yang sering memaparkan kelemahan pihak lawan Amerika Syarikat disamping
menonjolkan kehebatan dan kepentingan tentera mereka.
Ini boleh dilihat pada dokumentari ini This Is What Winning Looks Like, Vice seolah ingin menggambarkan jika tiada kehadiran tentera A.S di Afghanistan, kehidupan masyarakat disana akan lebih sukar. Dokumentari ini juga secara konsisten mempunyai agenda jelas ingin penonton membenci pegawai-pegawai Afghanistan yang merogol kanak-kanak lelaki serta bersimpati dengan tentera AS yang terpaksa berkhidmat disana kerana terpaksa menghadapi perangai buruk pegawai-pegawai keselamatan Afghanistan. Perkara ini tidak pernah disahkan secara mutlak sebaliknya hanya dengan perbualan ringkas dengan pegawai tinggi Afghanistan.

Muatakhir ini identiti Vice Media seakan semakin
hilang apabila syarikat itu mula berkembang dengan mendadak hingga 5% saham
syarikat itu telah berjaya dimiliki oleh Rupert Murdoch, seorang hartawan yang memiliki media-media arus perdana AS.
Propaganda barat sememangnya terzahir dalam produksi VICE walaupun salah seorang pengasas VICE, Shuroosh Alvi, adalah seorang Muslim. Agenda halus ini mungkin tidak dapat
dikesan oleh penonton-penonton yang kurang peka dengan pengaruh media dan
inilah yang paling membimbangkan kerana apabila VICE sudah mula berkecimpung
dalam penyiaran berita mereka seolah menjadi satu lagi proksi AS yang ‘ala’ CNN
dan Fox News.
Justeru, disamping menonton
dokumentari-dokumentari menarik oleh VICE, penonton perlu berhati-hati dengan
agenda yang jelas dan tersembunyi oleh orang-orang yang berkepentingan. Jika
VICE telah pun menjadi pilihan anda janganlah mendewakannya sehingga menelan
segala yang disiar oleh VICE. Selamat menonton!
Sumber: Vice.com, youtube.com/vice, Wikipedia
Sumber: Vice.com, youtube.com/vice, Wikipedia
No comments :
Post a Comment