Wednesday, May 7, 2014

Perjanjian Persefahaman antara Sufi dan Salafi




Ramai yang sedar akan fenomena umat Islam yang gemar 'menyesatkan' saudara seagama mereka atas alasan perbezaan pandangan, bahkan fenomena ini telah menyebabkan perpecahan yang dasyat sehingga ke tahap sanggup mengkafirkan pihak lain.

Antara yang paling banyak bertembung adalah mereka yang bermanhaj salafi dengan orang-orang yang menerima jalan sufi.

Saban hari, minggu, dan tahun berlalu masalah yang tidak berpenghujung ini sering menjadi sebab ilmuan Islam dari kalangan Sufi dan Salafi sering berbalah dan saling mengkeji satu sama lain sedangkan mereka bersaudara di dalam satu agama yang sama.

Oleh itu satu inisiatif telah dibuat. 

Inisiatif ini direalisasikan pada tahun 2007 dengan satu perjanjian persefahaman yang menyeru kepada sikap saling hormat menghormati di antara ilmuan Islam terutama di barat telah dibuat dan ditandatangani oleh sekalian besar tokoh-tokoh serta para ilmuan Islam.

Sebahagian besar yang menandatangani persefahaman ini melibatkan ilmuan dari aliran Salafi dan Sufi termasuklah seorang pensyarah Oxford Melayu yang pertama, Dr.Afifi al-Akiti Hafizahullah.

Perjanjian ini tidak melibatkan individu berfahaman syiah. 

Al-Fadhil Dr.Afifi al-Akiti
'Ikrar Penghormatan dan Kerjasama' yang ditandatangani oleh orang-orang yang mempunyai latar belakang teologi yang pelbagai ini adalah bertujuan menjadi satu garis panduan dalam interaksi bersama selagi mereka mengikut dan mengamalkan ajaran Ahli al-Sunnah (Sunni) demi perpaduan segajat tanpa menyesatkan pemahaman antara satu dengan yang lain.

Walaubagaimanapun, perjanjian ini masih mendapat tentangan dari pelbagai pihak terutama dari kalangan Salafi. 

Perjanjian ini mendapat kritikan hebat dari golongan salafi yang dilihat sebagai 'berjalur keras' dengan pemahaman mereka yang melarang sama sekali persefahaman dengan  'ahli bidaah' iaitu golongan Sufi hingga terdapat banyak kritikan dilakukan terhadap ilmuan Salafi yang terlibat dalam perjanjian ini.

Antara cemuhan yang diberi kepada mereka boleh dibaca dengan klik pada link ini. 

Manakala terdapat banyak video-video di YouTube yang di'upload' oleh Salafi-salafi berjalur keras ini mencemuh dan mengkritik aqidah dan pemahaman para ilmuan Salafi yang terlibat dalam perjanjian ini. Beberapa contoh boleh dilihat pada video di bawah.

Kritikan ini datang dari pendakwah bebas beraliran Salafi yang terkenal, Syeikh Abu Mussab Wajdi Akkari





Ramai yang mula keliru dengan pendekatan perjanjian ini hingga ilmuan-ilmuan yang terlibat telah beberapa kali mempertahankan isi-isi perjanjian ini dengan memberi sebab-sebab mereka. 

Antara jawapan yang diberi adalah dari Syeikh Tawfique Chaudry yang mengatakan perkara utama yang ditekankan dalam perjanjian ini adalah "tidak 'menyerang' dengan memburuk-burukkan saudara seIslam di dalam media perdana walaupun berbeza pendapat dalam pemahaman akidah." Namun menurut Syeikh Tawfique lagi mereka meneruskan cara dakwah mereka di dalam kuliah-kuliah serta ceramah.

Menurut salah seorang tokoh lain yang turut menandatangani perjanjian ini adalah Imam Suhaib Webb. Beliau mengatakan antara intipati perjanjian ini adalah berdasarkan ayat al-Quran surah Ali-Imran ayat 103, yang menyeru umat Islam untuk bersatu dan tidak berpecah belah.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. ........ (Ali-Imran 103)


Isi-isi perjanjian saling menghormati itu boleh dibaca dengan mengklik di sini.


Antara ulama dan ilmuan beraliran Sufi yang terlibat dalam perjanjian ini.

Syeikh Abdullah Bin Bayyah
 Sheikh Dr. Hamza Yusuf

Sheikh Zaid Shakir



 Antara ulama dan ilmuan beraliran Salafi yang terlibat dalam perjanjian ini.


 Sheikh Dr.Yasir Qadhi
Syeikh Dr. Abdullah Hakim Quick

Ustaz Abdul Raheem Green


Ilmuan yang dasyat dicemuh adalah Syeikh Dr. Yasir Qadhi kerana keterlibatan beliau dalam perjanjian ini. Beliau dulunya antara yang keras mengkritik pihak sufi dan sering mempertahankan manhaj dan metedologi Salafi namun setelah beliau meluangkan masa berdakwah selama bertahun-tahun di negara barat pendapat beliau telah berubah.

Walaupun beliau dikritik dan dihina oleh salafi-salafi lain, Sheikh Yasir tetap dengan pendirian beliau dan terus mengiktiraf ajaran Sufi sebagai satu cabang pemahaman Ahli Sunnah walau dalam masa yang sama beliau masih lagi tidak bersetuju dengan banyak pemahaman Sufi yang dilihat sebagi Bidaah (ibadah rekaan). 
  
Jawapan Syeikh Yasir Qadhi boleh didengar pada link YouTube di bawah.





 Antara para ilmuan yang mendokong perjanjian ini adalah; (Mengikut susunan abjad)

Abdelrahman Helbawi,
Abdul Karim Khalil,
Abdullah Adhami,
Abdullah Bin Bayyah,
Abdurraheem Green,
Abdur-Rahman ibn Yusuf Mangera,
Abu Aaliyah Surkheel Sharif,
Abu Eesa Niamatullah,
Aisha Faleh AlThani,
Asma Mirza,
Dawood Yasin,
Ebadur Rahman,
Faraz Rabbani,
Fuad Nahdi,
Gul Muḥammad,
Haitham al-Haddad,
Hamza Yusuf,
Hasan al-Banna,
Ibrahim Osi-Efa,
Jihad Hashim Brown,
M. Abdul Latif Finch,
M. Afifi al-Akiti,
Mehdi Kader,
Mokhtar Maghroui,  
Muḥammad Alshareef,  
Muḥammad Ash-Shaybani,
Muḥammad ibn Adam,
Omar Qureshi,
S. Abdal-Hakim Jackson,
Shamira Chothia Ahmed,
Siddique Abdullah,
Suhaib Webb,
Tahir Anwar,
Talal Al-Azem,
Tanveer Hussain,
Tawfique Chowdhury,
Usama Canon,
Usama Hasan,
Walead Mosaad,
Yahya Rhodus,
Yasir Qadhi,
Zaid Shakir.












ZineDesk

No comments :

Post a Comment

good ads!