Tuesday, April 1, 2014

Mahkamah Mesir jatuhkan hukuman mati kepada 529 orang penyokong Morsi

  • Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 orang anggota Ikhwanul Muslimin yang juga merupakan penyokong Perdana Menteri yang digulingkan, Dr. Mohamed Morsi. 
  • Perbicaraan dilakukan di Pusat Bandar Minya yang hanya mengambil masa selama dua hari tidak membenaran pihak pembelaan menghabiskan hujah.
  • 529 orang mangsa kezaliman mahkamah Mesir ini juga termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr. Mohamad Badie dan juga peguam bela, Mohamed Tousson.
  • Mereka merupakan sebahagian daripada 1200 orang penyokong Mursi yng dituduh membunuh seorang anggota polis, melakukan serangan terhadap orang awam dang juga merosakan harta benda awam.
  • Dunia mengutuk kekejaman mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman tanpa mengikut prosedur kehakiman yang sepatutnya.


Dr. Mohamed Mursi: Presiden Mesir yang sah namun digulingkan oleh Kudeta



MASIH MAMPU TERSENYUM... sebahagian dari mangsa kezaliman tentera dan kehakiman
Mesir masih mampu tersenyum dan memberikan isyarat "Rabia" sebagai tanda sokongan terhadap
kebangkitan rakyat Mesir yang membela Dr. Morsi

DR. MOHAMED BADIE... Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin turut disabitkan dengan kesalahan
membunuh seorang anggota polis dan menyerang harta benda dan orang awam.
Bantahan dari rakyat Malaysia yang mengutuk kekejaman kudeta tentera serta mahkamah Mesir serta
menyatakan terhadap 529 individu yang dijatuhkan hukuman mati

Demonstrasi pelajar perempuan dari Universiti Al Azhar

Demo besar-besaran telah dijalankan di Universiti Al Meniya sebelum dileraikan oleh pihak kudeta 

No comments :

Post a Comment

good ads!