(Sambungan dari MH370: Sensitiviti & Spekulasi tidak berasas media asing... )
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tudm-nafi-laporan-cnn-mengenai-penghantaran-jet-pada-8-mac-33687?cp
Usaha melaga-lagakan Malaysia dengan China?
Perhatikan tajuk berita mereka:
Jika diselidik, hanya media-media tempatan sahaja yang melaporkan tentang kerajaan China tidak menyalahkan Malaysia sedangkan media-media asing membisu dan tidak mewar-warkan laporan-laporan ini. Mereka lebih suka mengkedepankan berita-berita artis China yang menyeru peminat-peminat mereka agar memboikot Malaysia.
Media asing juga sering mempergunakan emosi keluarga penumpang dari China untuk mengutuk Malaysia.
Emosi pak cik salah seorang penumpang digunakan media asing. Saksikan di link ini |
Tajuk berita "Families members dragged away" digunakan hampir semua media asing. Di bawah disediakan beberapa paparan skrin media asing yang terus menghukum pihak berkuasa Malaysia kerana 'mengheret' ahli keluarga MH370 keluar daripada sidang media. Adakah mereka tidak bertanya pada diri sendiri mengapa hanya keluarga dari China sahaja yang bertindak sebegini? Tanpa menyelidiki apa sebenarnya yang terjadi mereka menyalahkan pihak atasan Malaysia. Adakah kita percaya dengan dakwaan mereka adalah media yang telus dalam menyalur maklumat?
Wartawan CNN, Kyun Lah ketika insiden 'dragged away'. Kyun antara yang lantang mengkritik Malaysia kerana insiden ini. |
Akhirnya wanita yang telah di 'dragged away' itu tampil menjelaskan perkara sebenar, beliau tidak dikasari bahkan dilayan baik oleh pihak MAS dan Malaysia. Namun media-media asing yang berkongsi tajuk 'dragged away' itu tidak memohon maaf pada pihak berkuasa Malaysia yang terlibat dalam insiden itu, walaupun secara tidak adil telah memberi gambaran negatif pada Malaysia. CNN umpanya sering memaparkan insiden ini dengan visual yang menunjukkan 'kekasaran' anggota polis Malaysia namun setelah perkara sebenar diketahui mereka 'melupakan' laporan-laporan yang memburukkan imej polis Malaysia.
Wanita ini turut berterima kasih sambil bersujud pada semua yang terlibat d alam proses mencari anaknya |
Kegopohan CNN menuduh MAS hanya menggunakan SMS
Media asing dilihat sengaja menunggu segala bentuk kelemahan dan kesalahan pihak Malaysia untuk memperbesarkannya ketika negara kita sedang bersedih atas insiden yang misteri ini. Sebagai contoh CNN dilihat sengaja menggunakan laopran palsu kononnya MAS hanya menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memaklumkan tentang nasib pesawat MH370 kepada keluarga. Ternyata CNN berniat jahat.

Laporan murahan CNN yang gopoh ingin memburukkan Malaysia |
CNN turut mengkongsi laporan ini di laman sosial Facebook |
Tidak cukup dengan itu CNN menemuramah pakar psikologi tentang SMS pada keluarga. Kelakar mereka ini! |
Kenyataan rasmi MAS berhubung maklumat yang dikongsi pada ahli keluarga penumpang serta krew MH370. Bahkan seramai 1,000 ahli keluarga telah dimaklumkan sebelum Perdana Menteri, Najib Razak memberi kenyataan rasmi di PWTC mengenai nasib pesawat MH370.
Amat bertepatan sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan defensif dengan komen-komen balas yang dilihat tegas kerana telah jelas agenda mereka adalah ingin memburukkan Malaysia dengan laporan-laporan 'dongeng'.
Ini kerana CNN sekali lagi melaporkan satu dakwaan palsu dengan laporan kononnya TUDM menghantar jet mencari pesawat MH370 pada 8 Mac (hari kejadian) dan menurut CNN, TUDM hanya memaklumkan tindakan itu kepada Jabatan Penerbangan Awam tiga hari kemudian. Sudah terang lagi bersuluh CNN mempunyai agenda yang berniat jahat terhadap Malaysia. Laporan tidak masuk akal ini berlaku setelah misi Mencari dan Menyelamat (SAR) memasuki fasa minggu kelima.

Hishamuddin tegas menjawab tuduhan oleh CNN |
TUDM menafikan laporan palsu CNN |
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tudm-nafi-laporan-cnn-mengenai-penghantaran-jet-pada-8-mac-33687?cp
Usaha melaga-lagakan Malaysia dengan China?
Ketika insiden kehilangan ini masih di peringkat awal pihak Malaysia dituduh dengan pelbagai laporan yang boleh dikatakan berniat jahat. Laporan media asing menggunakan nama kerajaan negara China bagi mengkritik
ketidakecapan Malaysia dalam menangani kes kehilangan pesawat MH370.
Perhatikan tajuk berita mereka:
Media-media
asing cuba menyalahkan Malaysia secara tidak langsung berkenaan
kehilangan pesawat MH370 dengan menggunakan sentimen dari China. Namun
apakah reaksi mereka setelah laporan baru mengatakan kerajaan China
tiada masalah dengan Malaysia mengenai isu berprofil tinggi ini. Lihat
paparan skrin di bawah.
Ketika
negara sedang dilanda musibah yang 'unprecedented' ini (tidak pernah
terjadi) janganlah kita mengambil kesempatan dengan memilih untuk
mempercayai mentah-mentah laporan berniat jahat media asing lebih-lebih
lagi apabila agenda media-media asing yang ingin memburukkan imej
Malaysia telah jelas. Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dari
musibah kehilangan MH370 ini dan sentiasa berwaspada dengan
laporan-laporan sensasi mereka kerana telah jelas pada kita,
media-media asing kebanyakkannya tidak benar-benar telus terhadap
laporan mereka.
No comments :
Post a Comment