Saturday, May 24, 2014

Tiga buas bersahabat baik






Dari kanan, Shere Khan (harimau), Baloo (beruang) dan Leo (singa) tidak dapat dipisahkan sejak dari kecil

Kisah ini seperti sebuah rancangan animasi apabila tiga ekor binatang buas yang berlainan spesis berkawan baik dan tidak boleh dipisahkan, namun itulah yang terjadi di sebuah tempat perlindungan haiwan, Noah's Ark, Gerogia.

Mereka diselamatkan dari ruangan bawah tanah sebuah rumah  dalam satu serbuan dadah  pada tahun 2001 di Atlanta , Georgia.

Wednesday, May 7, 2014

Perjanjian Persefahaman antara Sufi dan Salafi




Ramai yang sedar akan fenomena umat Islam yang gemar 'menyesatkan' saudara seagama mereka atas alasan perbezaan pandangan, bahkan fenomena ini telah menyebabkan perpecahan yang dasyat sehingga ke tahap sanggup mengkafirkan pihak lain.

Antara yang paling banyak bertembung adalah mereka yang bermanhaj salafi dengan orang-orang yang menerima jalan sufi.

Saban hari, minggu, dan tahun berlalu masalah yang tidak berpenghujung ini sering menjadi sebab ilmuan Islam dari kalangan Sufi dan Salafi sering berbalah dan saling mengkeji satu sama lain sedangkan mereka bersaudara di dalam satu agama yang sama.

Oleh itu satu inisiatif telah dibuat. 

Inisiatif ini direalisasikan pada tahun 2007 dengan satu perjanjian persefahaman yang menyeru kepada sikap saling hormat menghormati di antara ilmuan Islam terutama di barat telah dibuat dan ditandatangani oleh sekalian besar tokoh-tokoh serta para ilmuan Islam.

Sebahagian besar yang menandatangani persefahaman ini melibatkan ilmuan dari aliran Salafi dan Sufi termasuklah seorang pensyarah Oxford Melayu yang pertama, Dr.Afifi al-Akiti Hafizahullah.

Perjanjian ini tidak melibatkan individu berfahaman syiah. 

Al-Fadhil Dr.Afifi al-Akiti

Thursday, April 17, 2014

Mesej tersirat Disney atau paranoia penonton?


The number of the beast, 666
Hampir semua orang menggemari animasi Disney hingga jutaan kanak-kanak seluruh dunia begitu asyik dengan watak-watak dari filem-filem Disney. Sejak dari kecil kita sudah terbiasa dengan kartun-kartun yang menghiburkan seperti The Lion King, Aladdin, Beauty and The Beast, Cinderella, Snow White dan kini filem terbaru mereka Frozen begitu hangat sambutannya. 

Sudah tentu ramai yang beranggapan filem-filem Disney banyak memasukkan unsur-unsur nilai murni pada kanak-kanak hingga ibu bapa tidak kisah jika anak-anak mereka menggilai watak-watak Disney, terutamanya kanak-kanak perempuan yang begitu menggagumi puteri-puteri Disney.

Namun, ramai orang mula beranggapan Disney sebenarnya banyak mempromosi unsur-unsur lucah, keganasan, animisme, dan perkara-perkara negatif pada kanak-kanak dalam karya mereka. 

Ramai yang mendakwa Disney cuba mempengaruhi penonton dari kalangan kanak-kanak dengan teknik separa sedar, iaitu dengan memasukkan secara halus agenda-agenda mereka secara konsisten. Ini digelar sebagai 'subliminal messages'.

Adakah benar Disney membawa agenda Freemason dan Illuminati? Atau sekadar kesilapan yang tidak disengajakan? Tonton video di bawah ini.



Thursday, April 10, 2014

Yaman Dan Dadah Daun Khat


Ketagihan daun Khat merupakan masalah besar Yaman - (gambar sumber Irin News)

Bukan lagi rahsia bahawa kebanyakkan orang lelaki Yaman mengalami sindrom ketagihan daun Khat di peringkat yang sangat bahaya. 

Menurut laporan hampir 80% lelaki Yaman sangat ketagih mengunyah daun yang dikategorikan sebagai dadah narkotik ini hingga ia merupakan faktor utama yang menjadikan keadaan negara Arab itu sangat teruk dari segi sosial dan ekonomi. 

Lebih memburukkan lagi keadaan Yaman, 65% penduduknya tidak mempunyai sebarang pekerjaan, manakala yang bekerja pula tidak produktif kerana hampir keseluruhan waktu bekerja mereka dibazirkan bagi menguyah khat.

Daun khat tumbuh melalui pokok Khat yang renek ditanam kebanyakkan oleh para peladang yang dibayai orang-orang kaya termasuklah ahli politik negara itu dan dianggarkan sebanyak 40% sumber air Yaman dibazirkan bagi menanam tumbuhan ini sedangkan sumber bekalan air bersih Yaman adalah sangat sedikit.  

Berdasarkan laporan berita, pakar ekonomi menganggarkan sekiranya perkara ini berterusan, Yaman akan menjadi negara pertama yang bakal mengalami krisis ketiadaan air bersih menjelang tahun 2025.

Perkara ini sangat memalukan bagi negara yang dikatakan memiliki ribuan ulama Islam dan pusat pengajian Islam yang bertaraf universiti. Ketika negara-negara lain termasuk Malaysia mengharamkan penggunaan daun ini, Yaman pula membenarkannya dari segi undang-undang.

Monday, April 7, 2014

Ukraine tolak permohonan 'Darth Vader' bertanding jawatan Presiden

Darth Vader ketika majlis pengumuman akan bertanding jawatan presiden Ukraine


UKRAINE -  Suatu yang aneh namun itulah yang berlaku di Ukraine apabila seorang lelaki yang mendakawa dirinya sebagai 'Darth Vader' ingin bertanding merebut jawatan presiden negara yang sedang bergolak itu.

Bayi 9 bulan didakwa di mahkamah Pakistan

Bayi yang didakwa
Islamabad, Pakistan -  Seorang bayi lelaki Pakistan berusia 9 bulan, Mohammad Yaseen, didakwa di Mahkamah selepas ahli keluarganya dikatakan cuba menyerang anggota polis yang cuba mengutip bil yang masih belum dibayar di rumahnya. 

Insiden yang berlaku pada 1 Februari itu terjadi apabila beberapa pegawai polis datang ke rumah keluarga tersebut bagi menuntut bayaran bil gas, kata Atif Zulfikar Butt, seorang pegawai kanan polis di Lahore.

Sunday, April 6, 2014

Inscoop Design


Khabar Malaysia hari ini (6 April 2014)

1. Info berkaitan MH370   

Misteri kehilangan MH370 memasuki minggu ke-empat
  • Genap 30 hari sejak pesawat MH370 dilaporkan hilang.
  • Australia hari ini memaklumkan ia belum dapat mengesahkan isyarat detik yang dikesan di selatan Lautan Hindi oleh kapal peronda China Haixun 01.    
  • Beberapa siri bunyi telah dikesan oleh kapal China berkenaan di kawasan pencarian namun isyarat detik di selatan Lautan Hindi itu masih belum dapat disahkan Australia.
  • Spekulasi Utusan Malaysia: 
    • Akhbar harian milik kerajaan, Utusan Malaysia melalui Penolong Pengarangnya, Ku Seman Ku Hussein mendakwa bukanlah sesuatu yang mustahil bagi organisasi perisikan C.I.A terlibat dalam misteri kehilangan pesawat MH370 selepas organisasi itu berjaya merancang serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001.#

2. Pemilik akaun persenda isteri PM, Rosmah Mansur, ditahan polis

Tersebar di Internet

Friday, April 4, 2014

(Infotaiment): Louis Theroux: Wartawan 'skema' yang memukau


Bagi peminat rancangan dokumentari sudah tentu mereka akan menjadikan rancangan televisyen BBC yang dikendalikan oleh seorang lelaki Inggeris bernama Louis Sebastian Theroux sebagai personaliti TV yang diminati. Graduan bidang sejarah dari Universiti Magdallene College, Oxford, ini mula mencipta nama dalam bidang penyiaran sekitar awal 90-an dan merupakan salah seorang anak didik Michael Moore yang terkenal dengan siri the 'TV Nation'.Dokumentari Louis Theroux bukanlah rancangan dokumentari yang biasa kerana beliau sering meneroka aspek-aspek kehidupan yang asing dari orang ramai, contohnya dokumentari yang menceritakan perihal industri porno (filem lucah), penganut agama yang ekstrim dengan fahaman mereka, perjudian di Las Vegas, konflik Palestin dengan Israel serta banyak lagi. 

Si jahat al-Sisi disokong bekas diktator, Hosni Mubarak

Abdel Fatah al-Sisi
Abdel Fattah el-Sisi mendapat sokongan penuh bekas diktator Mesir, Hosni Mubarak.

Mubarak yang digulingkan daripada jawatan Presiden Mesir pada bulan Februari 2011 memberitahu seorang wartawan dari Al-Masry Al-Youm dalam satu wawancara menerusi telefon berkata tiada calon yang layak selain al-Sisi. Klik sini.

Mubarak juga mengkritik saingan utama Sisi iaitu Hamdeen Sabahi, dan menganggap beliau "tidak layak menjadi Presiden Mesir."  

Beliau juga menyarankan kepada Sisi agar berhati-hati dengan gerakan Ikhwan Muslimin dan memberi amaran bahawa Mesir perlu sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga. 

Abdul Fatah al-Sisi dikecam hebat kerana telah mengkhianati Presiden Morsi dengan menggulingkan Presiden yang dilantik secara demokratik itu dan menggantikan kempimpinan Morsi kepada pemerintahan kudeta tentera. 

Morsi yang dipilih majoriti rakyat Mesir melalui proses pilihan raya itu dilihat telah dizalimi serta para pengikutnya telah cedera parah bahkan ramai yang telah dibunuh kejam oleh pihak tentera terutama di kawasan dataran Rabia kawasan yang menjadi tumpuan penyokong Morsi tahun lepas sejurus beliau digulingkan.

Ramai pihak mula beranggapan situasi politik di Mesir akan kembali buruk bahkan mungkin lebih teruk daripada era pemerintahan diktator Hosni Mubarak, kerana pemerintahan berdasarkan kuasa tentera tidak akan memberikan ruang demokrasi yang didambakan.

Thursday, April 3, 2014

MH370: Sensitiviti & Spekulasi tidak berasas media asing II

(Sambungan dari MH370: Sensitiviti & Spekulasi tidak berasas media asing... )

Media asing juga sering mempergunakan emosi keluarga penumpang dari China untuk mengutuk Malaysia.

Emosi pak cik salah seorang penumpang digunakan media asing.
Saksikan di link ini



Tajuk berita "Families members dragged away" digunakan hampir semua media asing. Di bawah disediakan beberapa paparan skrin media asing yang terus menghukum pihak berkuasa Malaysia kerana 'mengheret' ahli keluarga MH370 keluar daripada sidang media. Adakah mereka tidak bertanya pada diri sendiri mengapa hanya keluarga dari China sahaja yang bertindak sebegini? Tanpa menyelidiki apa sebenarnya yang terjadi mereka menyalahkan pihak atasan Malaysia. Adakah kita percaya dengan dakwaan mereka adalah media yang telus dalam menyalur maklumat?

Tuesday, April 1, 2014

Mahkamah Mesir jatuhkan hukuman mati kepada 529 orang penyokong Morsi

  • Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 orang anggota Ikhwanul Muslimin yang juga merupakan penyokong Perdana Menteri yang digulingkan, Dr. Mohamed Morsi. 
  • Perbicaraan dilakukan di Pusat Bandar Minya yang hanya mengambil masa selama dua hari tidak membenaran pihak pembelaan menghabiskan hujah.
  • 529 orang mangsa kezaliman mahkamah Mesir ini juga termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr. Mohamad Badie dan juga peguam bela, Mohamed Tousson.
  • Mereka merupakan sebahagian daripada 1200 orang penyokong Mursi yng dituduh membunuh seorang anggota polis, melakukan serangan terhadap orang awam dang juga merosakan harta benda awam.
  • Dunia mengutuk kekejaman mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman tanpa mengikut prosedur kehakiman yang sepatutnya.


Dr. Mohamed Mursi: Presiden Mesir yang sah namun digulingkan oleh Kudeta

MH370: Sensitiviti & Spekulasi tidak berasas media asing

-Zulhilmi-

KONTROVERSI misteri MH370 menjadi perbualan media asing arus perdana dengan liputan 'menyeluruh' tentang kehilangan pesawat MH370 yang dilapor secara terus menerus. Laporan media asing sering kali menyebar laporan tanpa mengira sensitiviti keluarga penumpang serta kru MH370 yang sedang trauma dengan kehilangan ahli keluarga mereka.
      
Lihat paparan skrin yang menunjukkan CNN begitu gelojoh dengan laporan kehilangan MH370 dengan pendedahan mereka hingga laporan mereka dikritik kerana tidak masuk akal.


Penggunaan kapal terbang mainan bagi menjelaskan isu MH370
 antara tindakan memalukan CNN

Monday, March 31, 2014

(Infotaiment): VICE produksi majalah antarabangsa

-Zulhilmi-


Antara babak dalam dokumentari VICE (hanya untuk 21 tahun ke atas!)
VICE merupakan majalah dokumentari antarabangsa yang memberi tumpuan kepada seni, budaya, dan topik yang pelik dan aneh. Pada awalnya, VICE ditubuhkan pada tahun 1994 di Montreal, Quebec, Kanada. Semenjak tertubuhnya syarikat, VICE berkembang maju dan telah melalui penjenamaan semula dan mula dikenali sebagai Vice Media. 
Pelbagai dokumentari Vice boleh ditonton secara percuma di Youtube. Penonton akan terkesima dengan 'pendedahan' budaya dan kehidupan masyarakat di dunia terutamanya komuniti-komuniti kecil dan minoriti di negara-negara kelas ketiga.
Contohnya, budaya perkahwinan di kyrgyzstan. Dokumentari ini berjudul 'Bride Kidnapping in Kyrgyzstan' 

MALAYSIA MAC 2014


1.  Pesawat MH370 hilang sejak 8 Mac dan dipercayai mengakhiri perjalanannya di lautan Hindi barat.

Gambar hiasan
  • 239 orang berada dalam pesawat MH370 dari Kuala Lumpur menuju Beijing 
  • 227 penumpang dari pelbagai negara
  • 12 anak kapal MAS
  •  50 orang rakyat Malaysia berada di dalam pesawat MH370.
  • 26 negara membantu dalam misi pencarian MH370 terutama kotak hitam  pesawat
  • Kesemua penumpang serta anak kapal dipercayai telah terkorban
  • Misi pencarian memasuki minggu ketiga
  • Misteri kehilangan MH370 masih tiada jawapan

2.     Dato’ Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dan bakal dipenjara lima tahun

Dato Seri Anwar Ibrahim
  • Dato Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008
  • Bakal berdepan hukuman penjara lima tahun
  • Terlucut kelayakan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang
  •  Isteri beliau, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggantikan beliau sebagai calon di PRK Kajang
  • Akan bertanding merebut jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar isterinya, Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail pada pemilihan parti Keadilan akan datang

Monday, February 10, 2014

Adakah anda suka melihat orang lain ditimpa musibah (Schadenfreude)?

Adakah anda pernah menonton video-video berjudul 'Fails Compilation' atau yang seakan dengannya di Internet kemudian ketawa terbahak-bahak bersama rakan?

Jika jawapanyya adalah YA, maka perbuatan itu mesti dihentikan kerana anda sedang menanam sifat 'schadenfreude' menjadi lebih parah.  (Sebutannya berbunyi SHA-DEN-FROI-DE)

Menurut kamus Bahasa Inggeris perkataan 'Schadenfreude' berasal dari perkataan German yang  bermaksud - keseronokan yang diperolehi hasil dari musibah yang menimpa kepada orang lain.

Ya, mungkin definisi ini amat janggal untuk kita aplikasikan pada diri sendiri sedangkan realiti sebenar kita semua mempunyai sifat schadenfreude dari masa ke semasa. 

Di era Internet ini, pengguna dapat memuaskan nafsu schadenfreude mereka dengan pelbagai cara, sebagai contoh di laman YouTube terdapat ribuan video rakaman musibah seperti kemalangan, pergaduhan, caci-maki serta banyak lagi yang memaparkan musibah pada orang lain yang mendapat rating tontonan yang tinggi atas dasar hiburan pada pengguna laman YouTube.

Tidak cukup dengan itu video-video itu dijadikan kompilasi serta ditambah efek kelakar agar penonton lebih terhibur atas musibah insan lain dan kemudiannya dikongsi di laman sosial FB dan Twitter agar menjadi 'viral' dan popular dikalangan pengguna laman sosial.

Contoh video kompilasi kemalangan yang di'like' ratusan ribu penonton

good ads!