Monday, April 7, 2014

Ukraine tolak permohonan 'Darth Vader' bertanding jawatan Presiden

Darth Vader ketika majlis pengumuman akan bertanding jawatan presiden Ukraine


UKRAINE -  Suatu yang aneh namun itulah yang berlaku di Ukraine apabila seorang lelaki yang mendakawa dirinya sebagai 'Darth Vader' ingin bertanding merebut jawatan presiden negara yang sedang bergolak itu.

Parti Internet Ukraine (UIP) mencipta kejutkan apabila mengisytihar secara rasmi calon mereka yang dicedok dari watak jahat filem 'Star Wars' bagi bertanding jawatan presiden pada pilihan raya bulan Mei depan.

Langkah yang dianggap sebagai satu lawak jenaka atau 'troll' ini berkemungkinan merupakan satu sabotaj dari pihak luar terutamanya Russia bagi mengganggu pilihan raya umum Ukraine yang bakal diadakan Mei depan.

Walaupun dilihat seperti satu lawak jenaka, parti itu telah membayar wang sejumlah $225,000 dollar russia (RM 684,640) sebagai yuran pendaftaran bagi pencalonan presiden seterusnya membuktikan keseriusan mereka merebut jawatan nombor satu itu.

"Saya bersedia menggalas tanggung jawab demi negara ini, jika rakyat memilih saya. Saya sendiri mampu mengasaskan sebuah empayar dari sebuah kerajaan republik, demi mengembalikan kegemilangan silam, demi mengembalikan wilayah yang hilang, dan maruah negara ini," kata Darth Vader sejurus memenangi pemilihan parti UIP.

Vader turut dikatakan menuntut satu slot parking untuk meletakkan kapal angkasanya.

Bagaimanapun laporan terbaru mengatakan permohonan Vader bertanding sebagai calon presiden telah ditolak pihak Ukraine kerana terdapat keraguan di dalam permohnan dokumen yang dihantarnya termasuklah namanya sendiri yang sebelum ini dikenali sebagai Viktor Shevchenko, seorang bekas juruelektrik.

Vader telah melakukan protes dengan berdemonstrasi di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya Ukraine di Kiev pada jumaat lepas.

Parti UIP telah beberapa kali mencuri perhatian negara itu sebelum ini apabila Vader dan tentera-tentera Storm Trooper cuba memasuki pejabat Kementrian Kehakiman Ukraine awal tahun lepas dan pada November, Vader dilihat diusung oleh Storm Trooper berarak ke ibu negeri Ukraine dan mengisytihar dirinya sebagai datuk bandar. 

Russia bulan lepas berjaya merampas kota Crimea dari Ukraine bagi kembali menjadi sebahagian dari wilayahnya. 

Vader dan pengikutnya mengadakan protes kerana pencalonannya ditolak Ukraine

Darth Vader ketika berkempen untuk pilihan raya umum Ukraine Mei depan
Storm Troopers ketika cuba memasuki bangunan Kementrian Kehakiman Ukraine
namun dihalang pihak berkuasa pada awal tahun 2013
 
Pegawai polis berdepan dengan Darth Vader yang cuba  memasuki
bangunan Kementrian Kehakiman Ukraine

Darth Vader dijulang tenteranya sebelum mengisytihar dirinya sebagai
datuk bandar Kiev pada November tahun lepas

Sumber:
http://www.independent.co.uk/news/world/europe/ukraine-darth-vader-presidential-bid-rejected-9240635.html

http://metro.co.uk/2014/04/06/darth-vader-may-not-get-to-be-president-of-ukraine-after-all-4690366/

http://www.ibtimes.com/darth-vader-running-president-ukraine-ukrainian-internet-party-pays-225k-fee-candidacy-1564826

http://www.youtube.com/watch?v=X9h4VA3bc-8

No comments :

Post a Comment

good ads!