![]() |
Ketagihan daun Khat merupakan masalah besar Yaman - (gambar sumber Irin News) |
Bukan lagi rahsia bahawa kebanyakkan orang lelaki Yaman mengalami sindrom ketagihan daun Khat di peringkat yang sangat bahaya.
Menurut laporan hampir 80% lelaki Yaman
sangat ketagih mengunyah daun yang dikategorikan sebagai dadah narkotik
ini hingga ia merupakan faktor utama yang menjadikan keadaan negara Arab
itu sangat teruk dari segi sosial dan ekonomi.
Lebih memburukkan lagi keadaan Yaman, 65% penduduknya tidak mempunyai sebarang pekerjaan, manakala yang bekerja pula tidak produktif kerana hampir keseluruhan waktu bekerja mereka dibazirkan bagi menguyah khat.
Daun khat tumbuh melalui pokok Khat yang renek ditanam kebanyakkan oleh
para peladang yang dibayai orang-orang kaya termasuklah ahli politik
negara itu dan dianggarkan sebanyak 40% sumber air Yaman dibazirkan bagi
menanam tumbuhan ini sedangkan sumber bekalan air bersih Yaman adalah
sangat sedikit.
Berdasarkan laporan berita, pakar ekonomi menganggarkan sekiranya perkara ini berterusan, Yaman akan menjadi negara pertama yang bakal mengalami krisis ketiadaan air bersih menjelang tahun 2025.
Perkara ini sangat memalukan bagi negara
yang dikatakan memiliki ribuan ulama Islam dan pusat pengajian Islam
yang bertaraf universiti. Ketika negara-negara lain termasuk Malaysia
mengharamkan penggunaan daun ini, Yaman pula membenarkannya dari segi
undang-undang.